Sudah lebih empat minggu. Dalam hati ini hanya tuhan yang tahu betapa aku menahan kesabaran. Kesabaran melihat kain terbiar di sisi dinding.
Kain itu adalah kain tempahan jiran untuk membuat sarung kerusi. Sampai ke hari ini, tempahan itu belum pernah gagal membuatkan aku rasa bergelora di dalam hati.
Sewaktu tempahan di buat, aku terima kerana aku menduga sudah pasti kainnya jenis Elyza atau seumpamanya. Meleset....
Aku mendapat tahu kain itu dibeli di Nagoya. Kain itu memang tidak menyebelahi aku. berbulu dan berhabuk. tetas. tak cantik dijahit. dan terlalu lembik untuk dibuat sarung kerusi. seolah oleh anda ingin menghasilkan blazer menggunakan kain satin. Tentu hasilnya bukan seperti yang diharapkan, bukan?
Oh Tuhan yang maha pengasih.... berilah aku kesempatan dan kekuatan untuk menghasilkan penyudah kepada bebanan ini. Banyak kain-kain comel yang tergendala di tepi mesin jahit. Mereka menunggu untuk dijadikan sepasang baju......
Tolong doakan aku...
No comments:
Post a Comment